MGKK

Buku ini sebagai wadah perkongsian berkaitan tugas dan panduan untuk mempermudahkan tugasan GBK agar memenuhi keperluan Perkhidmatan. Garapan idea dengan mengambil kira pandangan dari Rakan sinergi, saranan pengurusan Dan Pentadbiran serta cadangan dari pihak2 yg berkaitan telah digabungjalin Dan diterjemahkan melalui naskah Perkhidmatan ini.

Mungkin ini kaedah kembali kepada cara lama sedangkan negara maju dengan aplikasi dan ICT, namun catatan itu kekal, tulisan itu abadi. Hujung tahun yg mana terlupa tercicir Dan tertinggal, buku ini boleh ingatkan.

Segala senarai perkhidmatan, tugasan, program, aktiviti, tatacara kerja dan bahan bantu telah dibekalkan dalam kandungan buku ini dengan harapan, tiada lagi ALASAN, tiada lagi rungutan, tiada lagi aduan kefungsian Guru Bimbingan Dan Kaunseling. Sama-sama kita bantu diri dan kerja buat kita agar lebih tersusun, teratur dan selaras keperluan murid.

Buku ini diterbitkan dengan kerjasama rakan-rakan strategik yang berkolaborasi untuk kegunaan semua GBK Negeri Kedah. Antara rakan strategik yang terlibat adalah Universiti Teknologi Petronas (UTP), Multimedia Universiti (MMU), Kolej Teknologi ANS, SLC Auto Academy dan Max Value Sdn. Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *