Pada 3 Mei 2024, seramai lebih kurang 500 orang Guru Bimbingan & Kaunseling seluruh Pulau Pinang berkumpul di Institut Pertanian Bumbung Lima bagi memeriahkan program dan majlis yang dianjurkan oleh Majlis Guru Kaunseling negeri Pulau Pinang (MGKNPP) dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Daerah Seberang Perai Utara (MGKDSPU).
Impian menghimpunkan semua GBK baharu dan lama serta otai2 GBK yang telah berpencen dapat direalisasikan. Kehadiran rakan-rakan strategik sekitar Pulau Pinang dan luar Pulau Pinang yang memberi sokongan telah memeriahkan suasana dan perjalanan program.
#Syawalpengikatukhuwahsilaturahim
#mgkkebangsaandihati
#mgknppsentiasakehadapan