20 Mac AJK MGKK berbuka puasa bersama sama sempena 3 hari berkampung di Cyberjaya untuk Mesyuarat Penyelarasan Program Bersama BPSH di samping penerangan dari UPU, MMU dan
TalentCorp selaku penyumbang utama. Berbuka di Aldar Lounge, Dengkil makanan menu nasi Arab 🙂
Berbuka puasa tajaan dari TalentCorp bersama rakan strategik MMU juga. Semalam MMU sponsor makanan berbuka di MMU menu masakan kampung dan mee kari peegh sedap. Selesai berbuka puasa di sini, rombongan kami ke rumah mantan YDP Putrajaya Kak Lazidah di Sunsuria.
Kami buat majlis penyerahan cenderamata dari MGKK kerana sumbangannya sepanjang menjadi YDP MGK Putrajaya. Terima kasih kak.