Program ini telah dilaksanakan pada;
Tarikh : 28 Januari 2023
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 Pagi hingga 2.00 Ptg
Tempat : Dewan Seri Kemilau, SMK Beaufort III.

PENGENALAN.
Semua pelajar yang menamatkan pelajaran Tingkatan 5 dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia,
berhasrat menempatkan diri ke universiti bagi menyambung pengajian mereka ke peringkat
seterusnya, sama ada pengajian diperingkat diploma, asasi ataupun matrikulasi dan paling tidak pun
ke Tingkatan 6. Oleh yang demikian, Yayasan Pelajaran MARA dengan Kerjasama Majlis Guru
Kaunseling Negeri Sabah yang dikelolakan oleh Majlis Guru Kaunseling Daerah Beaufort dan
menganjurkan Program Selangkah Ke Universiti bagi membantu para pelajar Tingkatan 5 dan
Tingkatan 6, mendapat pendedahan awal tentang program pengajian yang ingin diikuti sesuai
dengan pencapaian mereka di peringkat SPM dan STPM. Pada masa yang sama, dalam program ini
pelajar-pelajar akan didedahkan kepada Kerjaya meliputi persediaan sebelum seseorang pelajar itu
melibatkan diri dalam bidang pekerjaan serta peranan-peranan lain yang dilakukan selepas
seseorang itu bersara. Pemilihan bidang kerjaya dan pendidikan semakin dirasai rumit disebabkan
terdapatnya berbagai kebolehan manusia. Di samping itu, kemajuan yang semakin pesat yang
dialami oleh negara telah menyebabkan bidang pengkhususan pekerjaan dan pendidikan
berkembang dengan begitu pesatnya.